Tuesday, April 21, 2015

2nd Legends Karate International Championships 2015




2nd Legends Karate International Championship 2015
19 April 2015
Kompleks Sukan Panasonic MSN, Shah Alam

Kejohanan kali kedua dianjurkan ini melibatkan lebih 300 peserta dari seluruh Malaysia, malahan terdapat penyertaan antarabangsa dari persatuan karate dari negara Iran dan India. PKGTKNP pun menghantar kontinjen yang agak ramai melebihi 20 orang semuanya.




Venue kali ini lebih luas dan mempunyai kemudahan yg lengkap, kafeteria, tandas yang bersih dan surau berhawa dingin. Cuma dewan pertandingan agak panas apabila menjelang tengahari kerana penghawa dingin tidak dibuka. Perlu minum banyak air untuk kekal hidrasi.

Acara kata dan kumite bagi peringkat umur 8-9 tahun adalah antara kategori yang paling ramai peserta. Kedua2 acara terpaksa dibahagikan kepada 2 pool untuk memastikan acara dapat dijalankan didalam jangka waktu yang ditetapkan.

Penyertaan kali ini berjaya membuahkan hasil yang memberansangkan untuk dua acara individu yang telah disertai. 

Acara disertai
1) Kata Individu (8-9 tahun) - pingat perak
2) Kumite Individu (8-9 tahun) - pingat perak

Kejayaan memasuki peringkat akhir untuk kedua2 acara merupakan satu peningkatan yang ketara berbanding kejohanan sebelum ini. Pengalaman menentang peserta dari Iran pada perlawanan akhir acara kumite dapat digunakan untuk meningkatkan prestasi pada kejohanan yang akan datang.



Terima kasih diucapkan kepada sensei2 dan senpai2 PKGTKNP atas segala penat lelah melatih dan memberi tunjuk ajar kepada semua peserta dalam persediaan menyertai kejohanan ini. 

Memandangkan hanya kejohanan ini sahaja yang disertai untuk bulan April ini, tumpuan selepas ini adalah untuk kejohanan pada bulan Mei 2015 pula. Latihan yang pesat akan diteruskan untuk memastikan prestasi sentiasa ditahap yang terbaik.



No comments:

Post a Comment