Monday, October 12, 2015

3rd Kuantan Open Karate Championship MPK President Cup 2015





3rd Kuantan Open Karate Championship MPK President Cup 2015
20hb September 2015
Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan, Pahang


Setelah hampir 4 bulan berehat dari menyertai sebarang kejohanan karate, akhirnya pada 20hb September 2015, satu kejohanan karate iaitu 3rd Kuantan Open Karate Championship MPK President Cup 2015 telah disertai.

Kejohanan ini telah disertai sejak dari edisi pertama lagi pada tahun 2013. Namun pada penyertaan di kedua-dua edisi awal tidak membuahkan sebarang pingat.

Pada kali kejohanan kali ini, dengan persediaan rapi dan juga berbekalkan pengalaman menyertai kejohanan-kejohanan karate sejak awal tahun, harapan untuk menyambar pingat emas semakin membara.

Akhirnya kali ini kilauan emas berjaya dicapai dalam acara yang sering membuahkan pingat selama ini.

Acara disertai:-

1) Kata Individu (8-9 tahun) - Emas
2) Kumite Individu (8-9 tahun) - Perak

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua tenaga pengajar, sensei-sensei, senpai-senpai di PKGTKNP dan juga kepada tenaga pengajar yang sudah tidak bersama persatuan atas segala tunjuk ajar yang telah diberikan.


Tuesday, May 12, 2015

Goshin Ryu Open Karate Championship 2015




Goshin Ryu Open Karate Championship 2015
1-2 Mai 2015
KIPmart Senawang

Kejohanan julung kali dianjurkan oleh Goshin Ryu N. Sembilan ini diadakan di sebuah kompleks beli belah baru di Lavender Heights, Senawang.

Memandangkan lokasi kejohanan berada di dalam kompleks membeli belah maka kemudahan seperti tempat makan, tandas dan surau amatlah bersih dan memuaskan.

Untuk kejohanan ini terdapat sedikit perbezaan untuk kategori umur bagi acara individu. Pada kali ini, acara kata dibahagikan menurut umur sebenar peserta dan bukan mengikut range umur. Manakala untuk acara kumite pula range umur dimulakan dari umur 7 tahun dan bukan 6 tahun seperti kebiasaannya.



Target untuk kejohanan kali ini agak tinggi namun begitu kilauan emas masih lagi terlepas dari jangkauan apabila untuk acara kata tersekat di peringkat separuh akhir sahaja dan acara kumite tersekat di pusingan pertama.

Acara disertai

1) Kata individu (9 tahun) - gangsa
2) Kumite individu (9-10 tahun) - pusingan pertama

Kejohanan ini adalah satu2nya kejohanan yang disertai pada bulan Mei ini walaupun pada awal jangkaan 2 kejohanan akan disertai tetapi memandangkan jadual kejohanan untuk 16th Malaysian Milo Open Karate Championship 2015 terlalu hampir dengan minggu peperiksaan akhir tahun sekolah maka penyertaan untuk kejohanan itu terpaksa dilupakan pada kali ini.



Walaupun kutipan pingat individu bagi kali ini kurang memuaskan tapi jutaan terima kasih dan juga tahniah diucapkan kepada sensei2 PKGTKNP atas kejayaan membawa pasukan ke tempat kedua bagi kutipan pingat keseluruhan di kejohanan ini.


Tuesday, April 21, 2015

2nd Legends Karate International Championships 2015




2nd Legends Karate International Championship 2015
19 April 2015
Kompleks Sukan Panasonic MSN, Shah Alam

Kejohanan kali kedua dianjurkan ini melibatkan lebih 300 peserta dari seluruh Malaysia, malahan terdapat penyertaan antarabangsa dari persatuan karate dari negara Iran dan India. PKGTKNP pun menghantar kontinjen yang agak ramai melebihi 20 orang semuanya.




Venue kali ini lebih luas dan mempunyai kemudahan yg lengkap, kafeteria, tandas yang bersih dan surau berhawa dingin. Cuma dewan pertandingan agak panas apabila menjelang tengahari kerana penghawa dingin tidak dibuka. Perlu minum banyak air untuk kekal hidrasi.

Acara kata dan kumite bagi peringkat umur 8-9 tahun adalah antara kategori yang paling ramai peserta. Kedua2 acara terpaksa dibahagikan kepada 2 pool untuk memastikan acara dapat dijalankan didalam jangka waktu yang ditetapkan.

Penyertaan kali ini berjaya membuahkan hasil yang memberansangkan untuk dua acara individu yang telah disertai. 

Acara disertai
1) Kata Individu (8-9 tahun) - pingat perak
2) Kumite Individu (8-9 tahun) - pingat perak

Kejayaan memasuki peringkat akhir untuk kedua2 acara merupakan satu peningkatan yang ketara berbanding kejohanan sebelum ini. Pengalaman menentang peserta dari Iran pada perlawanan akhir acara kumite dapat digunakan untuk meningkatkan prestasi pada kejohanan yang akan datang.



Terima kasih diucapkan kepada sensei2 dan senpai2 PKGTKNP atas segala penat lelah melatih dan memberi tunjuk ajar kepada semua peserta dalam persediaan menyertai kejohanan ini. 

Memandangkan hanya kejohanan ini sahaja yang disertai untuk bulan April ini, tumpuan selepas ini adalah untuk kejohanan pada bulan Mei 2015 pula. Latihan yang pesat akan diteruskan untuk memastikan prestasi sentiasa ditahap yang terbaik.



Tuesday, April 14, 2015

Bagaimana Menjadi Ibu Bapa Karate Yang Baik ( Petunjuk: Gunakan 6 Perkataan Magic ini )

oleh Jesse Enkamp

Bayangkan:

Anda telah memandu anak-anak anda ke kelas Karate , pertandingan dan kem selama bertahun-tahun .
Anda telah menghabiskan wang pada pakaian seragam , tali pinggang , gradings dan peralatan .
Anda telah melabur beratus-ratus jam untuk menolak anak-anak anda untuk sampai ke had maksima.
Kemudian pada satu hari ...

BANG !

Mereka berhenti .

Begitu sahaja .

Anda kecewa . Terkejut . Mengapa ?!

Anda cuba untuk bercakap dengan mereka . Anda cuba untuk meyakinkan mereka untuk meneruskan. Anda memberitahu mereka bahawa mereka telah datang terlalu jauh untuk berhenti sekarang - berikan sekali lagi, anakku !

Tetapi hampa..

Apabila kanak-kanak telah membuat keputusan , tidak banyak yang boleh anda lakukan lagi .

Jadi ...

Secara semulajadi , anda mula menyalahkan diri sendiri .

" Apa yang saya lakukan salah ? Mengapa ini berlaku ? Adakah saya tidak ibu bapa yang baik? Saya telah membeli jurulatih yang terbaik , peralatan yang terbaik , yang terbaik ... "

Berhenti! .


Hentikannya .

Saya akan memberitahu anda apa yang anda lakukan salah :

Anda terlalu terpukau dengan prestasi, kemuliaan , rekod bersih , kebanggaan , kejayaan dan kerja keras sehingga terlupa perkara UTAMA.

KERIANGAN..

Sekarang ulangi selepas saya :

Kanak-kanak bukanlah manifestasi fizikal impian zaman kanak-kanak yang tidak dipenuhi oleh anda sendiri .

Faham ?

Lihat ...

Dalam tahun-tahun saya sebagai seorang guru Karate dan jurulatih , membesar dalam keluarga seni mempertahankan diri, saya telah menyaksikan terlalu ramai kanak-kanak yang berbakat yang semangat mereka disedut kering oleh ibu bapa yang tidak sedar menjadikan anak-anak mereka sebagai batu bata manusia dalam mencari kemegahan sebagai ibu bapa.

Dan ia amat menyakitkan hati .

Jika kejayaan anak-anak anda - sama ada dalam Karate , hoki , ahli akademik atau bola sepak - hanya satu lagi simbol status untuk anda , maka anda perlu bersedia untuk menghadapi bahana mendatang apabila mereka menjadi cukup matang untuk memahami perkara ini .

Tetapi jangan bimbang .

Masih ada harapan.

Menurut kajian psikologi , terdapat ungkapan yang telah terbukti secara saintifik yang boleh digunakan ibu bapa dengan anak-anak mereka untuk memastikan mereka kekal bermotivasi dan gembira dengan prestasi mereka - tidak kira jika mereka bermain piano , membaling bola atau berkarate .

Tiga kenyataan ibu / bapa atas boleh diucapkan kepada anak-anak mereka adalah:

Sebelum pertandingan;

" Bergembiralah . "
" Buat yang terbaik . "
" I love you . "

Selepas pertandingan

" Adakah anda bergembira ? "
" Saya bangga dengan anda . "
" I love you . "

Tetapi tunggu .

Ia menjadi lebih baik .

Jurulatih elit BE Brown dan R. Miller daripada Proaktif Kejurulatihan LLC pernah menjalankan satu kajian sepanjang tiga dekad , bertanya atlet kolej berjaya apa yang ibu bapa mereka katakan kepada mereka yang menjadikan mereka berasa sangat gembira apabila mereka bermain sukan semasa kanak-kanak .

Teka apa jawapan # 1 ?

Satu frasa mudah yang terdiri daripada enam perkataan ajaib :

“I love to watch you practice.” "Saya suka menonton kamu berlatih. "

Itu sahaja .

Tidak perlu seperti " anda juara , " atau yang tidak menggalakkan seperti " cuba lebih keras " atau " di sini adalah beberapa perkara yang anda boleh perbaiki . "

Hanya ...

"Saya suka menonton anda berlatih ! "

Mudah, anggun dan sangat kuat .

Ini frasa 6 perkataan , wahai ibu bapa Karate, adalah kunci untuk memastikan anak-anak anda akan suka untuk mengamalkan Karate untuk tahun-tahun akan datang - dengan gred , tali pinggang , penghargaan dan trofi bertindak sebagai hasil sampingan asli.

Satu-satunya perkara anak-anak anda benar-benar mahu adalah perhatian yang tidak berbelah bahagi dan kasih sayang.

Maka berikanlah kepada mereka.

Katakan kepada mereka : "Saya suka menonton anda berlatih . "

Oleh kerana mereka sayangkan anda, selebihnya akan terjadi dengan sendirinya .

Kehebatan tidak boleh dipaksa ke atas sesiapa.

Ia tumbuh dari kegembiraan berlatih .

Kurangkan menjadi jurulatih .

Lebihkan kasih sayang.



Sumber: http://www.karatebyjesse.com/how-to-be-good-karate-parent-secret/

Monday, April 6, 2015

Kejohanan Karate Jemputan Luar Negara

Satu kejohanan jemputan dari negara Indonesia telah diterima dan dikongsi oleh sensei PKGTKNP untuk bulan Mei akan datang.

Pencapaian yang memberansangkan para atlit PKGTKNP mula mendapat perhatian bukan sahaja dari dalam negara malahan dari luar sehingga mendapat undangan untuk mengambil bahagian dalam kejohanan mereka.



2nd International Karate BKC Open Championship
7-9 Mei 2015
Temenggung Abdul Jamal Indoor Stadium, Batam Indonesia

Untuk undangan ini, masa kejohanan terlalu dekat dengan kejohanan lain yang akan diadakan di Kuala Lumpur. Mungkin dimasa hadapan akan ada peluang untuk meyertainya sekiranya mendapat undangan sekali lagi.




Wednesday, April 1, 2015

Kejohanan Karate akan datang pada bulan Mei 2015

Untuk bulan April ni hanya Kejohanan 2nd Legends Karate International Championship dipilih untuk disertai atas faktor kesuntukan masa untuk mengambil bahagian dalam dua kejohanan dalam masa selang seminggu. Mungkin tahun depan ada rezeki untuk sertai kejohanan di Teluk Intan pula.

Bagi bulan Mei akan datang pula ada 3 kejohanan karate yang akan dianjurkan. Dua kejohanan akan diadakan serentak pada tarikh yang sama menyebabkan atlit2  terpaksa memilih salah satu untuk disertai.

Kejohanan2 tersebut adalah :-


Kejohanan 1
 Goshin Ryu  Karate Open Championship 2015
1-2 Mei 2015
KIPmart Senawang

*Kategori kata diberikan perhatian yang lebih dengan kelas umur yang lebih terperinci. Kelas umur bagi kategori kumite juga berbeza.



Kejohanan 2
12th Okinawa Goju Ryu International Karate-Do Championship 2015
1-3 Mei 2015
Dewan SJKC Yuh Hua, Ipoh (venue ditukar oleh penganjur)

*Kategori kumite diberi lebih perhatian dengan dua hari kejohanan diperuntukkan untuk kategori tersebut. Kategori kata untuk semua peringkat umur dipertandingkan pada hari pertama.



Kejohanan 3
16th Malaysian Milo Open Karate Championship 2015
15 -17 Mei 2015
Stadium Badminton Cheras


Jadual yang padat dengan kejohanan pada bulan Mei ini. Kemungkinan besar 2 kejohanan akan dipilih untuk disertai. Latihan tambahan sudah pasti akan dijadualkan oleh sensei2 PKGTKNP.

Jadual pertandingan akan diteliti dahulu untuk menentukan kejohanan mana akan dipilih.


Thursday, March 19, 2015

Kejohanan Karate akan datang pada bulan April 2015

Untuk bulan April 2015 akan datang ni ada 2 kejohanan karate yang akan dianjurkan dalam masa selang seminggu. Tak pasti lagi samada mahu sertai kedua2 sekali atau ambil bahagian dalam salah satu sahaja. Venue kejohanan pun agak jauh antara keduanya.


Kejohanan 1:
2nd Legends Karate International Championships 2015
19 April 2015
Kompleks Sukan MSN Panasonic Shah Alam

Kejohanan 2:
Malaysian Friendship Karate Championship 2015
25 April 2015
Arena Square, Teluk Intan, Perak
 
Kedua2 kejohanan menggunakan peraturan yang seakan sama untuk kategori kanak2. Cabaran dalam acara kumite pasti akan sengit seperti biasa. Ramalan adalah ramai peserta juga akan memilih antara dua kejohanan untuk disertai memandangkan jarak masa yang terlalu dekat dan venue yang agak jauh antara keduanya kecuali bagi yang memang berada berhampiran sekitar utara Selangor.

Pandangan dan nasihat dari sensei2 PKGTKNP akan diambil kira sebelum membuat keputusan penyertaan nanti.


Wednesday, March 18, 2015

6th Silent Knight Asian Karate Cup 2015



6th Silent Knight Asian Karate Cup 2015
7-8 Mac 2015
Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras



Kali ketiga berkunjung ke venue Stadium Badminton Kuala Lumpur untuk menyertai kejohanan karate. Dua kunjungan awal pada tahun 2014 untuk 15th Malaysia Milo Open Karate Championship dan 1st Mayor's Cup 2014 tidak berjaya menghasilkan sebarang medal. Harapan kali ini lebih tinggi setelah menjalani latihan yang lebih pesat dan intensif.

Kejohanan bermula agak lewat kerana urusan teknikal menyebabkan acara pertama hanya bermula pada pukul 11.30 pagi. Tiada 'lunch break' oleh kerana acara dimulakan lewat. Semua dikira sebagai dugaan sementara menunggu tibanya kategori yang disertai.



Alhamdulillah kunjungan ketiga ke Stadium Badminton Kuala Lumpur kali ini lebih berjaya dalam kategori disertai. Daripada tiga kategori disertai, dua telah menghasilkan pingat kali ini.

Keputusan:

1) Kata (8-9 tahun) - gangsa
2) Kata (10-11 tahun) - pusingan ke-3
3) Kumite (8-9 tahun) - gangsa (bawah 25kg)



Semangat nampaknya semakin tinggi selepas berjaya mendapat medal dikejohanan kali ini walaupun baru pertama kali menyertainya. Usaha akan dipertingkatkan untuk memperbaiki kelemahan yang ada sebagai persediaan untuk kejohanan seterusnya, 2nd Legends Karate International Championship 2015.

Terina kasih diucapkan terutama kepada semua sensei & senpai PKGTKNP yang banyak memberi bimbingan, teguran dan latihan sebagai persediaan menghadapi kejohanan kali ini.

2nd Goju Ryu Malaysia Open Karate Championship 2015



2nd Goju Ryu Malaysia Open Karate Championship
15 Feb 2015
Kompleks Sukan MSN Setiawangsa



Kategori disertai

1) Kata 8-9 tahun - pusingan ke-2
2) Kumite 8-9 tahun - tarik diri

Kemudahan stadium memang memuaskan berbanding venue2 yang sebelum2 ini pada tahun 2014. Boleh bagi 4 bintang. Kebersihan memang tip top.

Namun begitu pencapaian nampaknya tak begitu baik bagi kejohanan pertama untuk tahun 2015. Perancangan lebih rapi diperlukan dan perlu komitmen yang lebih dalam latihan. Perlu tingkatkan latihan untuk persediaan kejohanan seterusnya, Silent Knight Asia Karate Cup 2015.